ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
 
   
   
     
 
 

 

Pelancongan

Hayati keindahan alam , Nikmati suasananya.

Jauh perjalanan luas pandangan. Ada benar peribahasa ini kerana semakin jauh kita mengembara semakin luas ilmu dan pengalaman yang kita perolehi. Apatah lagi kesempatan yang datang bukannya selalu. Berkunjung ke negara orang sama ada atas tiket peribadi atau kerja, anda seharusnya memanfaat setiap detik yang ada. Biarpun padat dengan jadual program, luangkan sedikit waktu untuk anda hayati dan nikmati keindahan negara orang.  Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang berharga untuk dibawa pulang. Kenangan dan pengalaman! Dua perkara yang mungkin akan anda kenang selagi hayat di kandung badan.

Hari ini faktor kejauhan bukan lagi menjadi penghalang untuk kita sampai ke satu-satu destinasi. Malah untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu tempat pun boleh didapati dalam jangkawaktu yang singkat. Seminit dua kita sudah melayari ke tempat yang hendak dituju. Lengkap segala maklumat mengenainya.

 

Menyedari kebanyakan kita menjadikan aktiviti melancong sebagai satu kemestian di dalam agenda tahunan masing-masing, maka itu Dunyahalal.com tampil dengan pelbagai informasi menarik agar percutian anda  benar-benar berbaloi. 

Antaranya, Destinasi Menarik untuk luar negara dan dalam negara.  Korea, India dan Hong Kong antara lokasi indah yang boleh anda lawati pada musim cuti sekolah. Di samping destinasi dalam negara yang mempunyai pelbagai  tempat mengasyikkan untuk anda terokai sama ada berseorangan, berkeluarga atau pun berkumpulan.

 

Di ruangan pelancongan ini juga kami sisipkan Tujuh Keajaiban Dunia yang terbaru. Setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri. Tentunya ramai di luar sana yang menyimpan impian untuk ke tempat ini suatu hari kelak.

Ringankan minda anda dengan Humor yang kami selitkan sebagai hiburan. Apa pun Dunyahalal.com tidak terhenti di sini kerana masih banyak artikel akan kami paparkan untuk dikongsi bersama pembaca sekalian.

 
 

Bagi memudahkan umat Islam mengerjakan solat kami paparkan arah kiblat, masjid, waktu solat dan informasi tentang solat jama' dan qasar. Di dalam Islam tiada apa yang dapat menghalang kita dari mengerjakan solat. Islam mempermudahkan solat bagi mereka yang mengembara lebih dua marhalah atau 60 batu atau 96.6 km.   

Selamat melancong dan sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai pakej percutian sila layari laman web Poto Travel and Tours Sdn Bhd www.pototravel.com.my.

 

 

www.dunyahalal.com

`ISLAM SATU CARA HIDUP...'

`HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN...'

 
 
Agensi Pelancongan Muslim
 

Bil.

Lokasi

Nama Syarikat

1.
Kuala Lumpur, Johor Bahru, Segamat, Alor Setar, Kuantan, Ipoh.
 
Poto Travel Sdn Bhd
      03 - 92006640
2. Kuala Lumpur Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd        03-21646307
3.
Kuala Lumpur Ash Har Travel & Tours Sdn Bhd        03-92007050
4. Kuala Lumpur Triways Omega Travel & Tours Sdn Bhd      03-22831332
5. Selangor Al-Mukminin Travel & Tours Sdn Bhd       03-22831332